Selamat Datang ke Street Dakwah

Program Dakwah
Islam Terkini
Yang Innovatif!

Responsive
Scroll Down

Tentang Kami

STREET DAKWAH (ROS123456-X) - (streetdakwah.com)

Program STREET DAKWAH merupakan satu aktiviti dakwah santai yang dilakukan di kawasan tumpuan masyarakat dalam menjalani urusan kehidupan mereka. Program dijalankan hasil kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh dan Teluk Intan. Bermula secara aktif sejak tahun 2013 dan mengadakan program-program dakwah di Ipoh, Seri Iskandar, Malim Nawar, Teluk intan dan di seluruh Malaysia. STREET DAKWAH juga akan memperkembangkan program ini ke luar negara pada tahun depan, InsyaAllah.

 

STREET DAKWAH pada mulanya menjalankan aktiviti

* Generasi Islam Gempak (GIG)
* Kembara Ilmu Ipoh
* Masjid Nur Ramadhan, Taman Seri Raia, Kg Kepayang
* Persatuan Kebajikan Peniaga-Peniaga Gerbang Malam, Ipoh
* Penggerak Qaryah Kg. Bahagia, Teluk Intan

 

Sehingga bulan November 2017, sebanyak 27 siri STREET DAKWAH telah diadakan dengan jayanya di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Teluk Intan, Malim Nawar dan Seri Iskandar. Konsep yang dibawa oleh program ini ialah menyampaikan dakwah melalui pengisian seperti:

* Solat maghrib dan isyak berjemaah
* Tazkirah
* Forum perdana
* Bicara santai bersama selebriti
* Persembahan nasyid
* Qasidah dan lain-lain lagi.

Tujuan

Membantu

Program ini dianjurkan bagi membentuk diri dan masyarakat supaya mendekati program berbentuk kerohanian di samping memupuk budaya cintakan ilmu dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, kami berusaha memberi sedikit idea, masa, dan tenaga untuk mengadakan program “STREET DAKWAH” ini. Diharapkan program seperti ini dapat menyuntik penhayatan dan semangat setiap golongan masyarakat khususnya golongan belia untuk sentiasa menjadikan program keagamaan seperti ini sebagai medium bagi membantu masyarakat untuk memahami dan mengamalkan kehidupan mengikut acuan Islam yang sebenar.

Seruan Islam

Program ini penting bagi menyahut seruan ISLAM untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, bersahsiah tinggi dan berintegriti. Justeru melalui program berasaskan kerohanian dan ilmu berupaya melahirkan masyarakat untuk sentiasa mencintai hidup beragama, berdisiplin, jujur, dan amanah dalam setiap aspek kehidupan.

Street Dakwah

Kejayaan

Kejayaan

Kejayaan utama STREET DAKWAH adalah mendapat kepercayaan masyarakat. Kami mendapat liputan akhbar, pernah mendapat bersiaran di Radio IKIMFM dan Radio Perak.
Kejayaan kami juga berjaya membuat branding kepada logo STREET DAKWAH sehingga masyarakat sudah mengenali dan mengambil cakna program dan aktiviti kami.

Street Dakwah

Kepercayaan

Kepercayaan

Insya Allah!

Disamping itu kami juga sudah mendapat kepercayaan dan dikenali oleh ramai asatizah popular negara kita. Mereka telah faham dan maklum siapa kami, pendekatan kami, kumpulan sasar kami dan tentatif program kami. Setakat ini kami pernah bersama Ustaz Zulramli, Ustaz Dr Shauqi, Ustaz Zamri Mantop, Ustaz Ghazali Ibrahim, Ustaz Harryanto, Ustaz Dr Roslan Mohamad, Ustaz Dusuki Rani, Ustaz Yusri Karim dan beberapa lagi asatizah lain terutama ustaz sekitar Ipoh. Selebriti hijrah yang pernah terlibat Ijam Medicine, Ali XPDC, Iwan Syahman, Asyraf Muslim, Diana Amir dan beberapa nama lain.

Street Dakwah

Harapan

Harapan

Allah s.w.t Menentukan

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, namun hakikatnya perancangan Tuhan Yang Maha Esa itu lebih baik dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Adalah diharapkan agar program ini akan mencapai objektif seperti yang telah direncanakan dan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat. Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan serta yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada secara langsung dan tidak langsung. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang diberikan dengan sebaik-baik ganjaran di sisi-Nya.

StreetDakwah.Com

Street Dakwah

Membantu

STREET DAKWAH merupakan satu aktiviti dakwah santai yang dilakukan di kawasan tumpuan masyarakat dalam menjalani urusan kehidupan mereka. Program dijalankan hasil kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh dan Teluk Intan. Bermula secara aktif sejak tahun 2013 dan mengadakan program-program dakwah di Ipoh, Seri Iskandar, Malim Nawar, Teluk intan dan di seluruh Malaysia. STREET DAKWAH juga akan memperkembangkan program ini ke luar negara pada tahun depan, InsyaAllah.

Mendekati

Semua

Semua

Tujuan program Street Dakwah ingin membantu kesemua golongan masyarakat terutamanya yang memerlukan bantuan, tak kira siapa.

Bagaimana Membantu

Bsntu Kami

Sumbangan Sukarela

Street Dakwah adalah organisasi sukarela. Street dakwah mendapat dana bagi menjanakan aktiviti-aktivitinya dari sumbangan orang ramai.
Sumbangan boleh disalurkan ke no akaun Bank Islam: 0801-3023-451116. Hubungi:

PROGRAM

7 - 8 Julai 2018

Street Dakwah Kuala Mu
Tempat: Perkampungan Orang Asal, Kuala Mu, Sungai Siput, Perak, Malaysia
Dihadiri oleh artis Ijam (Medicine), Iwan Syahman, Mel, Ustaz Yusri dan Ustaz Syed Muzaffar.

Program-program Terdahulu Yang Telah Dilaksanakan

Klik Di Sini

Street Dakwah memerlukan sumbangan dari saudara dan saudari supaya Street Dakwah dapat menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah. Pihak Street Dakwah juga memerlukan sukarelawan untuk membantu aktiviti-aktiviti Street Dakwah.

Sumbangan boleh disalurkan melalui
Bank Islam: 0801-3023-451116
Sekiranya ada pertanyaan lanjut sila hubungi:
+60 13-520 3473
admin@streetdakwah.com
main@streetdakwah.com
info@streetdakwah.com
malekzahari@streetdakwah.com

TERKINI

Pakej Umrah Musim Sejuk Istimewa

Pakej Umrah Istimewa

Alhamdullilah

Penganjur Street Dakwah; Tuan Haji Cikgu Malek Bin Zahari membantu menawarkan pakej umrah musim sejuk dengan harga yang berpatutan. Terbuka kepada muslimin muslimat yang berkelapangan.

 

 

.
App Screenshots